Thursday, August 10, 2017

Pelancaran Lagu Terbaru Hafiz Suip Bertajuk Kejar

Pelancaran Lagu Terbaru Hafiz Suip Bertajuk Kejar.

Ada cerita baru tentang penyanyi Hafiz Suip. Cerita Pelancaran Lagu Terbaru Hafiz Suip Bertajuk Kejar.

Setelah hampir dua tahun dilihat menyepi dari aktiviti seni, Hafiz Suip, pelantun lagu popular ‘Bahagiamu Deritaku’ ini, membuat kemunculan semula di persada muzik tanah air dengan sebuah lagu berjudul ‘Kejar’ demi mengubati kerinduan para peminatnya. Lagu yang membawakan genre muzik pop ini merupakan hasil nukilan komposer terkenal tanah air, Audi Mok dengan kerjasama Shazee Ishak yang juga merupakan penulis lirik lagu. 

Membuat perhitungan yang cukup berani untuk lari daripada imej penyanyi balada yang dibawa, Hafiz mempertaruhkan ‘Kejar’, sebuah lagu yang yang berentak rancak dengan iringan melodi yang santai. Kandungan bait-bait liriknya pula cukup ringkas di mana ia mengisahkan tentang sebuah percintaan luar biasa.

Kami dengan ini ingin memohon jasa baik rakan-rakan media untuk membantu menguar-uarkan tentang ‘Kejar’, single terbaharu Hafiz Suip ini dalam penulisan anda.
Berikut merupakan pautan untuk mendengar sedutan lagu ‘Kejar’ - https://wmm.lnk.to/KejarHafiz

Segala kerjasama anda amat kami hargai.


0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90