Sunday, June 11, 2017

,

ASTRO DAN KARANGKRAF JALIN KERJASAMA

Astro dan KarangKraf telah memeterai kerjasama strategik dalam penghasilan dan pengedaran kandungan IP di semua platform media. Jalinan usahasama yang memberi fokus ke atas penghasilan dan penjanaan keuntungan menerusi pemilikan kandungan di Malaysia dan Nusantara 


En Syamil Fahim Mohd Fahim – Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf
YBhg. Dato’ Hussamuddin Hj Yaacub – Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Media Karangkraf
YBhg. Dato Rohana Rozhan – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Astro
YBhg. Dato’ Khairul Anwar Salleh – Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu, Astro



Dato' Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro berkata, “Matlamat utama kolaborasi ini, kami menyasarkan penghasilan bersama kandungan harta-harta intelek atau IP yang komprehensif meliputi segmen Melayu dan Islamik. Trend penggunaan media digital pada masa kini, baik berbayar mahupun menerusi iklan, telah meluaskan jangkauan Astro terhadap para pelanggannya di Malaysia daripada isi rumah ke segmen individu dengan sangat ketara. Menerusi misi utama untuk memberikan perkhidmatan terbaik buat pelanggan yang mempunyai latar belakang berbeza, daripada teater ke televisyen, sehinggalah ke digital dan perdagangan, kami memerlukan IP yang pelbagai untuk memenuhi kehendak setiap segmen pengguna. Pemilikan IP ini membolehkan kami untuk memaksimumkan potensi aliran masuk kewangan daripada pelesenan, Adex, langganan dan perdagangan, yang mana pada masa yang sama juga memberi peranan jangka masa panjang yang mampan kepada kami dalam rantaian media.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90