Friday, April 7, 2017

, , , , ,

KONSERT WINGS & SUPERFRIENDS - BELENGU IRAMA -

KONSERT WINGS & SUPERFRIENDS - BELENGGU IRAMA - yang diadakan bermula 6hb April sehingga 9hb April bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur. Pembukaan disaksikan bersama media  dan penonton  dengan persembahan 2 jam yang mantap serta tidak mengecewakan. Barisan penyanyi dan pemuzik yang hebat turut menyerlahkan lagi konsert ini. Tujuan Konsert Wings & Superfriends - Belenggu Irama - ini adalah bagi memperjuangkan nasib insan insan seni tanah air yang tidak dibela serta diabaikan.


Mencurahkan apa yang terbuku di hati Awie bergandingan bersama Beto Kusyairy memulakan konsert dengan bermonolog, mencurahkan nasib pemuzik yang tiada tempat berteduh serta memperjuangkan hak mereka sebagai seorang pemuzik.



Wings membariskan gabungan tetap Awie , Eddie dan Black serta digandingkan juga Edrie Hashim dan Sham iaitu bekas anggota asal kumpulan Wings dan pemuzik yang turut terlibat adalah Kudin Headwind, Yan Lefthanded, Lola, Rodi Kristal, Hamzah Pecussion, Pae, Fly dan Adi.





Wings menyampaikan lagu lagu dari album mereka terdahulu serta beberapa lagu lain, antara lagu yang dipersembahkan seperti Bongkar, Hukum Karma, Bujang Senang, Mentari Merah Di ufuk Timur, Layang Layang Terputus Talinya dan banyak lagi.

Antara artis yang turut bersama menjayakan konsert ini  seperti Sahara Yaakob , Ito , Rosli Mohalim , Ramli Sarip , M Nasir , Hattan , Nash , Maya Karin , Liza Hanim , Lan Kristal dan ramai lagi telah memberikan satu sentuhan hebat yang membuat penonton tidak rasa bosan dan menyanyi bersama. 







Ikon Konsert Wings & Superfriends - Belenggu Irama - Yazid Search, seorang pemain drum yang cukup dikenali oleh ramai lebih lagi peminat rock tanah air tetapi setelah beliau menghidap penyakit buah pinggang, sumber kewangan beliau amat lah terhad.

Walaupon keadaan kesihatan Yazid tidak lah begitu baik akan tetapi bila duduk depan set drum serta drum stick ditangannya, hilang segalanya dan persembahan yang padu diberikan pada semua.


Kehadiran artis artis muda seperti Syamel , Bila , Kuden , Aniq Ceria Pop Star dan lain lain lagi turut memberikan impak yang sangat hebat.


Awie, teraju utama Awie Entertainment Sdn Bhd berharap gabungan bersama persatuan seperti Karyawan, Seniman, Yayasan Artis 1Malaysia, MACP dan RIM dapat memperbaiki taraf anak–anak seni tanah air. 

Jangan lepaskan peluang anda untuk bersama sama turut serta menyaksikan satu konsert yang sangat hebat ini . Datang beramai ramai berhibur sambil menyumbang untuk artis artis seni yang memerlukan.


Tiket berharga : 

RM80 / RM150 / RM200 / RM250 / RM300 / RM350


Dapatkan tiket anda di Outlet tiket :
● kaunter tiket Istana Budaya
● Rock Corner The Gardens, The Curves, Subang Parade
● Victoria Music Sg.Wang & Amcorp Mall
● Artist Gallery Queensbay Mall & Gurney Plaza, Penang
● Sayap-Sayap Wings - 0122666877 - whatsapp

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90