Wednesday, March 22, 2017

, , , , , , ,

KIMCHI UNTUK AWAK


Orang tua-tua selalu berpesan, Jangan benci sangat, nanti daripada benci jadi suka’. Begitulah kisah hubungan Danial Lee dan Bella dalam filem terbaru terbitan Astro Shaw bersama Darkwave Pictures, Kimchi Untuk Awak (KUA). Filem romantik yang berlatar belakang Seoul, Korea dan Malaysia ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh tanah air bermula 30 Mac ini.

KIMCHI UNTUK AWAK www.ohselebtiri.com

Kimchi Untuk Awak merupakan filem pertama arahan Michael Ang di layar perak. Malah, ini juga adalah gandingan julung kali pasangan Aiman Hakim dan Emma Maembong bagi karya filem. Jalan cerita yang diadaptasi dari novel karya novalis Suri Ryana turut digerakkan dengan watak-watak yang dibintangi oleh pelakon popular Janna Nick, Sharifah Sakinah, Dira Abu Zahar, Ungku Haris, Normah Damanhuri, Natasha Elyzza, Mandy Chong dan Annuar Chew.

KIMCHI UNTUK AWAK www.ohselebtiri.com michael ang

KIMCHI UNTUK AWAK www.ohselebtiri.com emma maembongKIMCHI UNTUK AWAK www.ohselebtiri.com aiman hakim


KIMCHI UNTUK AWAK www.ohselebtiri.com natasha ellyzzaKIMCHI UNTUK AWAK www.ohselebtiri.com janna nick

KIMCHI UNTUK AWAK www.ohselebtiri.com

KIMCHI UNTUK AWAK www.ohselebtiri.com

Selepas teaser video berdurasi dua minit KUA telah dikongsikan di platfom media sosial, khalayak dihidangkan pula dengan trailer rasmi filem. Ini diharap dapat memberi lebih keterujaan kepada penonton untuk menyaksikan karya ini kelak.


Menurut Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar berkata, “Filem KUA akan menemui peminat filem tempatan bermula hujung bulan ini di pagawam seluruh negara. Selain menerima respon positif mengenai keterujaan peminat dengan kemunculan filem ini menerusi pelbagai platform laman sosial, kami turut rasa bersyukur kerana karya ini mendapat sokongan dari pihak pawagam dan media. Saya harap KUA mampu mengulangi kejayaan filem-filem terbitan kami sebelum ini. Dengan kualiti filem yang dihasilkan oleh anak tempatan, kami ingin menunjukkan bahawa karya tempatan layak dibanggakan sejajar dengan filem-filem asing.

Penerbit Darkwave Pictures, Dato’ Rafiena Ezanee Ramli pula berkata filem KUA menampilkan pelakon Aiman Hakim dan Emma Maembong selaku teraju utama. Pemilihan mereka adalah kerana kepercayaan kami terhadap bakat mereka serta gandingan ini mampu menarik perhatian penonton untuk ke pawagam. Apatah lagi, keserasian mereka yang telah terbukti di dalam beberapa drama popular masih terasa, biarpun drama tersebut telah lama berlalu. Saya cukup yakin dengan KUA kerana intipati yang amat dekat dengan hati dan jiwa kita. Elemen kasih, cinta dan rindu adalah perkara yang sentiasa ada dalam diri kita.

Kisah KUA bermula dengan pertemuan Bella (Emma Maembong) dengan lelaki sombong berdarah campuran Melayu Korea, Danial Lee (Aiman Hakim) berlaku secara tidak disengajakan di Lapangan Terbang Incheon dan telah menimbulkan rasa benci di antara mereka. Malah, insiden pertembungan itu terus bersambung apabila takdir sentiasa menemukan Bella & Danial Lee. Sepanjang perkenalan mereka, perasaan Bella yang awalnya benci perlahan-lahan bertukar menjadi cinta. Sementara itu, Danial tidak pasti adakah perasaannya pada Bella adalah tulus atau sekadar mengingatkan pada kekasih lamanya. 

Antara selebriti yang hadir bersama sama memeriahkan tayangan perdana Kimchi Untuk Awak.






0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90