Wednesday, March 15, 2017

, , , , ,

ASTRO DESTINASI UTAMA RANTAIAN DRAMA MELAYU TERHEBAT MASA KINI

ASTRO DESTINASI UTAMA RANTAIAN DRAMA MELAYU TERHEBAT MASA KINI terus kukuhkan empayar menerusi tambahan dua slot drama di saluran Astro Warna dan Astro Oasis. Sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan lagi legasi dalam industri seni, Astro bakal menjadikan empat saluran utamanya iaitu Astro Ria (saluran 104), Astro Prima (saluran 105), Astro Warna (saluran 132) dan Astro Oasis (saluran 106) sebagai hub utama bagi rangkaian drama-drama Melayu terbaik menerusi slot drama.



Bagi memenuhi citarasa penonton yang pelbagai, setiap saluran mengangkat genre drama yang berbeza dan memiliki keunikkannya yang tersendiri. Slot drama sedia ada termasuklah ‘Mega Drama’ yang mempertontonkan drama bersiri bergenre romantik ringan di saluran Astro Ria dan Ria HD (123) serta slot ‘Tiara’ yang penuh dengan drama kekeluargaan dan berkonsepkan ala telenovela di saluran Astro Prima.

Seterusnya, edisi terbaharu kepada rantaian drama-drama hebat Astro ini adalah slot ‘Skrin Komedia’ yang menyiarkan drama berunsur komedi di saluran Astro Warna dan Mustika HD (134) mulai 15 Mac 2017 pada setiap hari Rabu - Jumaat jam 9.00 malam hingga 9.30 malam. Astro Oasis turut tidak ketinggalan dengan memperkenalkan slot dramanya yang tersendiri, ‘Raihana’ yang menawarkan drama berunsur Islamik bermula pada 3 April 2017, Isnin - Rabu dari jam 9.00 malam hingga 9.30 malam. Kedua-dua slot ‘Tiara’ dan ‘Raihana’ boleh turut ditonton di saluran Maya HD (135).

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90