Tuesday, February 7, 2017

, ,

THE MUSICAL JOURNEY OF ZAINAL ABIDIN, Konsert Ulang Tahun Ke-35

THE MUSICAL JOURNEY OF ZAINAL ABIDIN 35th  ANNIVERSARY CONCERT bakal diadakan di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre pada 25hb Februari, 2017 jam 8.30 malam.

Bagi meraikan penglibatan Zainal Abidin dalam industri muzik selama lebih dari 3 dekad, satu konsert berskala besar yang menjadi impian sejak sekian lama bakal diadakan disamping penyampaian secara solo dan turut juga ditemani kumpulan Headwind yang dianggotai oleh Zulkifli Kasim, Nicky Oii, Kudin dan Abdul Razak Salleh.


Menjanjikan persembahan konsert yang mantap untuk selama 2 jam 30 minit turut diiringi dengan pemuzik handalan tanahair seramai 17 orang. Antaranya adalah Mac Chew, Jenny Chin, Andy Peterson, Aji, Sham Kamikaze, Steve Thornton , John Thomas dan ramai lagi .

Pihak penganjur konsert iaitu Netzah Productions Sdn Bhd berkata mereka akan mengunakan peralatan peralatan terkini , berkualiti tinggi serta canggih bagi memberikan kepuasan serta satu memori yang tidak dapat dilupakan.

Kumpulan Headwind turut bersatu kembali dalam satu segmen khas dimana sekian lama peminat mengharapkan 'reunion' kesemua ahli kumpulan Headwind. Semestinya sesuatu yang paling ditunggu tunggu oleh peminat apabila lagu lagu kenangan mengusik jiwa satu ketika dahulu dinyanyikan kembali antaranya Suraya, Hanya Di Radio, Kita Serupa, Segalanya Mungkin dan banyak lagi.


Media turut disajikan dengan persembahan dari Zainal Abidin dan Kumpulan Headwind

Petikan guitar dari Sham Kamikaze turut memeriahkan dengan lagu Hijau secara Akustik


Tiket Konsert sudah mula dijual melalui www.mytickets.asia 

VIP RM958 Diamond RM558 Platinum RM358 Gold RM258 Silver RM178 dan Bronze RM158

untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian 03-80766700 / 011-27042707 atau layari www.shirazprojects.com 

#musicaljourneyofzainalabidin

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90