Saturday, February 4, 2017

, ,

Netizen Terharu Dengan Kisah Terkini Penyanyi 80-an Ben Nathan

Kisah Terkini Penyanyi 80-an Ben Nathan

Beberapa tahun dulu kisah sedih Ben Nathan sudah dikongsi oleh ramai peminat beliau. Sekali lagi sejak beberapa hari lepas kembali viral kisah tentang Ben Nathan. Ternyata, Netizen Terharu Dengan Kisah Terkini Penyanyi 80-an Ben Nathan.

Jika 30 tahun dahulu, beliau antara penyanyi bukan Melayu yang paling terkenal dengan lagu Balada yang memukau ramai pendengar muzik, kini hidup beliau seakan tidak terurus.

Netizen berkongsi beberapa gambar dan video beliau yang hidup seakan gelandangan di kota Kuala Lumpur dalam keadaan yang agak menyedihkan.






Mungkin ramai tidak tahun yang ada info mengatakan bahawa Ben Nathan dulu kini bernama Ben Adam, sudah memeluk Islam. Itu info yang OhSelebriti dengar namun tidak dapat disahkan. Kalau anda tahu, mungkin boleh kongsi dengan pembaca lain.

OhSelebriti mengharapkan semoga Ben Nathan akan mendapat kehidupan yang lebih baik berbanding apa yang dialaminya sekarang.













Album Ben Nathan




Untuk anda yang mungkin tidak pernah mengenali siapa Ben Nathan, kami sertakan lirik lagu popular beliau pada tahun 1986.





Stanza Sepi Sekeping Hati


Ku nyanyikan lagu syahdu


Bila teringatkan mu


Yang masih bertakhta di hatiku


Ku nyanyikan lagu rindu


Itu yang ku tahu


Agar terluah resah membeku


Kini... hanya impian yang nyata


Tiada menjanjikan bahagia


Segumpal harapan cita apakan sia-sia


Namun ku masih meniti harapan


Berarak awan kelabu


Di pinggir penantian ku


Namun derita jua yang menjelma


Serak alunan suara


Nyanyian rindu ku


Rindu yang menggigit di jiwa ku


Kini... berpelangi wajah duka


Dan sepi bertamukan airmata


Luka yang ada kau biarkan sahaja


Sedangkan aku sakit menderita

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90