Friday, February 3, 2017

, , , , , , , ,

MENTOR MILENIA 2017 Siapa Protege Pilihan Tomok, Akim, Black dan Hazama

MENTOR MILENIA 2017 Siapa Protege Pilihan Tomok, Akim, Black dan Hazama

Misi pencarian bakal protégé untuk berentap di pentas Mentor Milenia 2017 telah berakhir pada awal bulan Januari. Masih lagi mengekalkan format yang sama, Mentor Milenia 2017 menampilkan empat penyanyi popular tanah air sebagai barisan mentor. Masih mengekalkan Black, Hazama dan Akim. Musim baharu ini menyaksikan Tomok tersenarai sebagai mentor buat pertama kali.

MENTOR MILENIA 2017 Siapa Protege Pilihan Tomok, Akim, Black dan Hazama


MENTOR MILENIA 2017


Menurut Puan Zurina Othman, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama Dan Rancangan, TV3 & TV9, “Kembali dengan musim kedua, Mentor Milenia mempertaruhkan barisan mentor yang muda tetapi berbakat besar dan komited. Keempat-empat penyanyi ini mempunyai pengalaman luas dan pencapaian besar dalam industri nyanyian.

Tahun ini, Tomok telah dipilih untuk menyertai barisan mentor musim baharu untuk membimbing dan berkongsi pengalaman beliau yang pernah menjuarai tiga buah program berbeza iaitu One In A Million, Versus dan Pop Krew. Dengan pengalaman yang ada, kami yakin bahawa beliau akan menjadi seorang mentor yang berkaliber dan mampu memberi persaingan hebat kepada mentor-mentor lain.”




Lebih mengujakan, Mentor Milenia 2017 dibawakan khas oleh Neffos, Telefon Pintar Generasi Milenia selaku penaja utama manakala tonton sebagai Geng Digital, Harian Metro dan ZIP sebagai Geng Media dan Hot FM sebagai Geng Radio. Menariknya kali ini, TV3 akan bekerjasama dengan Smule, yang merupakan aplikasi karaoke popular untuk menjayakan Mentor Milenia 2017. Jangan lepaskan peluang untuk menyanyi bersama mentor pilihan anda bermula pada bulan Mac ini menerusi aplikasi Smule ini.

Kali ini, setiap mentor telah menetapkan standard yang tinggi dalam pemilihan protégé mereka, namun bukan semua mempunyai kriteria yang dicari. Untuk menjadi seorang penyanyi yang berkualiti, seseorang itu haruslah berusaha keras dan yakin dengan kemampuan mereka untuk menyanyi.



Tomok
Mohamad Rozaimi Rosli (20 tahun, Kuala Kedah, Kedah)
Nur Qhalysa Syazreena Zainuddin (17 tahun, Kinarut Papar, Sabah) 
Adam Malek Shamsuddin (21 tahun, Petaling Jaya, Selangor)




Black
Mohamad Afif Ikmayahya (20 tahun, Pasir Mas, Kelantan) 
Ahmad Nuzul Faiszal Mohamad (17 tahun, Kota Bharu, Kelantan) 
Nur Syaheera Abd Aziz (19 tahun, Shah Alam, Selangor )





Akim
Noor Jannah Abu Hanipah (18 tahun, Petaling Jaya, Selangor) 
Angelica Paujin (17 tahun, Tambunan, Sabah) 
Mohd Farhan Mohd Mustapha (20 tahun, Kuantan, Pahang)





Hazama
Muhammad Saiful Naim Muhd Noor (20 tahun, Lunas, Kedah) 
Iffah Syahira Ariffen Kamal Ariffen (21 tahun, Petaling Jaya, Selangor) 
Nor Balqis Ahmad Tajudin (18 tahun. Kemaman, Terengganu)




Tiga bakal protégé kepada Tomok, Akim, Black dan Hazama akan membuat persembahan solo mereka di konsert pengenalan pada 12 Februari (Akim & Hazama) dan 19 Februari (Black & Tomok) untuk merebut gelaran protégé. Hanya dua orang protégé akan dipilih oleh mentor masing-masing untuk mara ke peringkat seterusnya di pentas Mentor Milenia 2017.


Siapakah yang bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000?



Mentor Milenia 2017 menampilkan Datuk Hattan sebagai juri tetap dan seorang juri professional jemputan setiap minggu. Manakala Azmeer pula dipilih sebagai penasihat dan Sazlan Mat Adnan selaku koreografer Mentor Milenia 2017. Mentor Milenia 2017 juga turut menampilkan Faizal Uzir atau lebih dikenali sebagai Lok-U sebagai pengarah muzik.

Mentor Milenia 2017 bakal menyusul di kaca televisyen pada 5 Februari 2017, setiap hari Ahad selama dua jam bermula dari pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam. Mentor Milenia ini akan dihoskan oleh Issey Fazlisham dan Marsha Milan Londoh.



0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90