Wednesday, February 8, 2017

, , , ,

Konsert Muzik4Humanity bersama Dato 'Khatijah Ibrahim, Dato' Ramli Sarip, Dato Hattan dan Jaclyn Victor

Satu konsert bakal diadakan bagi mengumpul dana untuk kanak-kanak yang terjejas akibat konflik yang memerlukan bantuan dari segi perubatan, nutrisi dan pendidikan. Dengan itu Dagang Nexchange Berhad (DNeX) selaku Tuan Rumah akan menganjurkan satu konsert di kenali sebagai Muzik4Humanity.


Konsert Muzik4Humanity yang diadakan selama 2 hari pada 17hb dan 18hb Mac 2017 bertempat di IPanggung Sari Istana Budaya Kuala Lumpur. Konsert ini  turut membariskan artis artis terkenal seperti Dato 'Khatijah Ibrahim, Dato' Ramli Sarip, Dato Hattan dan Jaclyn Victor diiringi oleh komposer terkenal Rudi Muhammad.

Anjuran bersama MERCY Malaysia, hasil daripada kutipan konsert ini akan disalurkan kepada program Little Khalifah MERCY di Kandahar, Afghanistan. 

"Konsert Muzik4Humanity diadakan adalah selaras dengan tanggungjawab sosial korporat DNeX yang disasarkan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik terutamanya melalui program-program pendidikan," kata Datuk Samsul Husin, Timbalan Pengerusi Eksekutif DNeX.

"Program CampBIJAK adalah salah satu program CSR bagi memupuk asas yang kukuh dari segi semangat ingin tahu, inovasi dengan teknologi serta penjagaan alam sekitar bagi mereka yang kurang bernasib baik di Malaysia. Dengan penglibatan dalam konsert Muzik4Humanity ini diharap akan terus memberikan sumbangan kepada semua".

tambahnya lagi DNEX sangat berbesar hati dapat berkerjasama dengan MERCY Malaysia yang telah mencapai pengiktirafan global melalui usaha dalam menyediakan bantuan perubatan, pembangunan kesihata, pendidikan dan sebagainya. 

Pengarah Urusan Kumpulan DNeX's En. Zainal Abidin Jalil berkata dengan ada nya konsert ini nanti diharap dapat mengumpulkan dana bagi menyokong usaha memastikan pembangunan dan pendidikan kanak-kanak di kalangan masyarakat pelarian serta meningkatkan kesedaran mengenai krisis yang semakin membimbangkan ini di peringkat global.


Date
17 & 18 March 2017
Time
8.00 pm - 10.30 pm
Venue
Panggung Sari Istana Budaya Kuala Lumpur
Performing Artistes
Dato' Khatijah Ibrahim, Dato' Ramli Sarip, Dato' Hattan, and Jaclyn Victor
Music Director
Rudi Muhammad (also known as composer Kunci Demak)
Tickets Details
Ticket prices : RM 150, RM 280, RM 380 & RM 450
Online :
www.ilassotickets.com (Online sales already available) Box office counter : Istana Budaya Kuala Lumpur (Expected to be available from 6 March 2017)
Why Muzik4Humanity
Hosted by Dagang NeXchange Berhad (“DNeX”) in collaboration with MERCY Malaysia to raise funds for children affected by conflict in need of sufficient nutritional intake and educational growth.
Follow us on Facebook: Muzik4Humanity

1 comments:

  1. Salam Muzik Nusantara & Salam Sejahtera…..Salam dari INDONESIA

    Single REGI WEKING (Ex-Vocalist Kumpulan HeavyMetal “GARUDA FORCE”)
    yg berirama SLOW ROCK KAPAK/ LELEH aLa MALAYSIA era 80-90an berjudul “KAU YANG SATU”
    Sila dengar , tonton, & download di :
    • https://www.youtube.com/watch?v=WYDOPSr1gUA
    • https://itunes.apple.com/id/album/kasih-jangan-menangis-ep/id1081328374
    Terimakasih,
    Salam,
    REGI WEKING ,
    Mobile Phone/WhatsApp = +62 8129741561
    Facebook= https://www.facebook.com/regiweking
    Facebook= https://www.facebook.com/REGI-Weking-172171782835509 (FB Page)
    Twitter= https://www.twitter.com/regiweking
    Soundcloud= https://www.soundcloud.com/regiweking
    Reverbnation= https://www.reverbnation.com/regiweking
    Youtube= https://www.youtube.com/user/regiweking
    SMULE= https://www.smule.com/regiweking1
    Instagram= regiweking
    Skype= regiweking
    E-mail= regiweking@gmail.com
    Website= http://about.me/regiweking
    #KauYangSatu
    #REGIWEKING

    ReplyDelete

Top Ad 728x90