Thursday, February 16, 2017

, , , , , , ,

J REVOLUSI filem aksi mantap gabungan Unit Tindak Khas

J REVOLUSI mengisahkan tentang Jay Zulkarnain lakonan Zul Ariffin yang merupakan ketua serangan bagi Unit Tindak Khas (UTK) Malaysia. Kehebatan Jay dan pasukan operasinya daam serangan maut sering menjadi mimpi ngeri bagi setiap kumpulan penganas. Dian lakonan Fazura yang merupakan adik kepada Jay adalah agen penyamaran telah ditangkap oleh penganas misteri. Mereka telah memerangkap Jay dengan tuduhan membunuh ahli kumpulannya. Jay perlu bertindak untuk menyelamatkan Dian serta membongkar siapakah lelaki misteri yang berusaha untuk menghancurkan Jay.

J Revolusi bakal mengegarkan panggung bermula 2hb Mac 2017

J REVOLUSI OhSelebriti

 Sebuah filem aksi padat yang membariskan pelakon hebat seperti Zul Ariffin , Izara Aishah , Fazura serta Farid Kamil.


Tidak dilupakan juga dukongan daripada barisan pelakon hebat yang lain seperti Azad Jazmin , Iedil Putra , Fatimah Abu Bakar dan penampilan khas Dato Hans Isaac. Turut bersama memantapkan lagi aksi aksi hebat dalam filem ini adalah barisan ahli MMA ( Mixed Martial Art ) dari ONE Championship seperti Peter Davis , Saiful Merican , Jenathan dan Davron dan tidak lupa juga daripada pasukan Unit Tindak Khas (UTK) Malaysia.


J REVOLUSI OhSelebriti

Adegan adegan aksi mencabar yang dipaparkan dalam filem ini mengunakan pakar perunding aksi yang didatangkan dari Hong Kong bersama kerjasama pakar lagak ngeri dari tempatan. Saksikan kehebatan lakonan mantap daripada pelakon pelakon yang terlibat serta pasukan Unit Tindak Khas Malaysia.


Lagu OST filem ini bertajuk REMPUH nyanyian 2 penyanyi hebat iaitu Tomok dan Black Hanifah

















0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90