Wednesday, January 18, 2017

, , , , , , ,

The HOUSE menampilkan keluarga Rozita Che Wan

Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta, cantik, bergaya, mewah serta berpengaruh sangat sinonim dengan kehidupannya bakal muncul dalam rancangan THE HOUSE musim ke-3. Rancangan yang memaparkan perjalanan kehidupan seharian Che Ta, Zain Saidin dan 3 orang anak mereka.
The HOUSE menampilkan keluarga Rozita Che Wan

Menerusi THE HOUSE musim terbaru ini, peminat Che Ta dan Zain Saidin berpeluang untuk mengikuti kisah di sebalik kehidupan yang glamour yang tak pernah dikongsi dengan masyarakat, turut memaparkan kisah keluarga mereka iaitu Ammar Effendy, Aniq Ezzra dan juga si comel bergaya Aaisyah Dhia Rana.
The HOUSE menampilkan keluarga Rozita Che Wan

Pelbagai cabaran diberikan untuk menghasilkan suasana yang menarik serta bermanfaat untuk tontonan umum sepanjang berada dalam rancangan THE HOUSE ini. Setiap episod akan mempersembahkan serta menitik berat nilai nilai murni kekeluargaan dan kemanusian.
The HOUSE menampilkan keluarga Rozita Che Wan

Uniknya lagi penonton juga berpeluang untuk berinteraksi bersama Che Ta melalui ruangan 'CHAT' di portal Astro Gempak atau di www.thehouse.com.my

Penonton juga boleh mendapatkan infomasi terkini rancangan THE HOUSE termasuk foto dan video eksklusif  termasuklah ragam si kecil comel serta bergaya Aaisyah Dhia Rana yang pasti mencuit hati semua.

Penonton juga berpeluangan untuk memenangi pelbagai hadiah mingguan hanya dengan menonton rancangan THE HOUSE seperti pakej makan malam, telefon pintar, alat solek, barangan kecantikan Rozita Che Wan serta banyak lagi.

Jangan lupa saksikan rancangan THE HOUSE yang bakal disiarkan secara ekslusif menerusi portal Astro Gempak atau di www.thehouse.com.my pada setiap Rabu bermula 18hb Januari 2017 dan diikuti dengan siaran televisyen di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) bermula 25hb Januari 2017 setiap Rabu jam 9.30 malam.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90