Friday, January 13, 2017

,

Sharnaaz Ahmad Bakal Menamatkan Zaman Bujang Pada 31hb Mac 2017

Sharnaaz Ahmad Bakal Menamatkan Zaman Bujang Pada 31hb Mac 2017

Pelakon Sharnaaz Ahmad bakal menamatkan zaman bujang dengan memilih tarikh keramatnya pada 31hb Mac 2017 bersama pasangannya Noor Nabila yang juga merupakan kakak kepada Neelofa.



Sharnaaz Ahmad dan Isteri



Menurut Sharnaaz (32), majlis akad nikah bakal diadakan di kediaman Noor Nabila (33) di Duta Tropika. Tiada yang istimewa tentang tarikh itu cuma ianya adalah dipilih atas persetujuan keluarga yang mahukan perkahwinan itu segera dilangsungkan. Keluarga mahu majlis diadakan pada Mac kerana tidak mahu terkejar-kejar dengan hampirnya bulan Ramadan dan Hari Raya Puasa. 

Majlis akan terus berlangsung dengan pernikahan tanpa majlis pertunangan seperti lazimnya. Majlis merisik sebelum ini telah diadakan di kediaman wanita tersebut di sini pada 18 Disember 2016.





Sharnaaz Ahmad menamatkan zaman bujang pada 31hb Mac 2017

Sharnaaz dan Nabila

Menurut Sharnaaz lagi majlis pernikahan itu bakal diadakan secara tertutup hanya dengan ahli keluarga, suadara mara terdekat sahaja. Pernikahan yang bakal dibuat di rumah Nabila walaupon tertutup namun mereka masih membincangkan untuk menjemput media bersama memandangan keadaan tempat yang terhad.

Majlis resepsi Sharnaaz dan Nabila akan diadakan pada 2 April di Kuala Lumpur dan bagi pihak lelaki pula bakal diadakan pada 16 April di G Hotel, Pulau Pinang.

OhSelebriti mengucapkan Tahniah kepada Sharnaaz Ahmad dan Nabila.
 

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90