Tuesday, January 3, 2017

, , , , ,

Malam Penghargaan Harith Iskander Laugh Factory's Funniest Person In The World


Malam Penghargaan Harith Iskander pemenang pertandingan "Laugh Factory's Funniest Person In The World" 2016. Nama MALAYSIA sekali lagi terpahat di mata dunia oleh pelawak terkenal Harith Iskander dalam pertandingan "Laugh Factory's Funniest Person In The World" 2016. Pertandingan yang berlangsung di Helsinki, Finland pada 10hb Desember 2016 dimana Pelawak terkenal Malaysia Harith Iskander membawa pulang hadiah kemenangan bernilai USD100,000. 


Pertandingan yang disertai seramai 89 peserta dari 56 buah negara bagi mempromosikan keamanan dan perpaduan melalui senyuman dan gelak ketawa. Undian secara dalam laman sesawang www.laughfactory.com memperlihatkan dimana Harith Iskander mendapat undian sebanyak 10,861,318 menewaskan 4 finalis dari Greece, India, Filifina dan Israel.

Kehadiran  Datuk Seri Panglima Dr. SallehSaid Keruak Menteri di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia  dengan kerjasama Comedy Planet dan Vision Works (M) Sdn Bhd telah berbesar hati untuk meraikan kemenangan Harith Iskander yang mana turut mendapat imbuhan bernilai RM100,000.







Majlis ini turut dimeriahkan oleh kehadiran rakan rakan artis seperti Afdlin Shauki, Douglas Lim, Bocey, Reza Mukmin, Altimet, Dina Nazir, Elvira, Elena Haris, Lawa Nie Geng,  Crackhouse featuring Rizal dan tidak lupa juga band iringan yang diketuai Dato Acis yang mana turut membuat persembahan nyanyian dan lawak serta pengacara yang sentiasa menghangatkan keadaan iaitu Nabil Ahmad.




Sesuatu perkara yang tidak ramai tahu tengah Harith Iskander adalah minat dia dalam muzik iaitu Gitar, dengan dendangan aluna BLUES serta lagu yang spontan dari Afdlin mengamatkan lagi suasana.






ohselebriti 020117

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90