Monday, January 2, 2017

, , , , , ,

Duo Star Konsert Minggu ke 2 Klik Klik Boom

Duo Star Konsert Minggu Kedua Klik Klik Boom

Program realiti Duo Star Konsert Minggu Kedua Klik Klik Boom menampilkan kesemua 8 pasangan duet berentap kembali bagi meneruskan perjuangan. 8 pasangan iaitu Haiza & Aepul , Awe Rafael & Kaka, Firman & Ayai, Yasin & Ila Damia, Ning Baizura & Harris Baba, Syamel & Ernie Zakry, Ronnie & Sarah dan Asfan & Aweera.






Cara permarkahan pasangan duet ini terletak 100% ditangan Juri Professional dan mereka terdiri dari Dato Hattan, Dato Acis dan Adibah Noor.



Dato HattanDato AcisAdibah Noor



Pengacara Duo Star yang stailo serta versatile Dato AC Mizal  sentiasa menghangatkan suasana dengan caranya tersendiri dan juga penaja serta pengasas AuraWhite Datin Furyna tidak kurang hebatnya menambahkan keceriaan bergandingan dengan pengacara.







Pembukaan konsert kedua kali ini telah dimeriahkan oleh 2 orang penyanyi yang tidak asing lagi iaitu Siti Nordiana, Juara Gegar Vaganza musim ke 2 dan Zarul Umbrella pemenang tempat ke 3 Gegar Vaganza musim ke 3. Mereka menyampaikan lagu bertajuk  "Keliru" nyanyian asal Nurul dan Ajai.










2 pasangan duet iaitu Asfan & Aweera serta Ila Damia & Yasin yang mendapat kedudukan terbawah masa konsert minggu pertama berentap pada minggu ini untuk memastikan siapakah antara mereka akan meneruskan perjuangan mereka dalam Duo Star pada minggu ini. Tiada Penyingkiran pada minggu ini.















Lagu : Lagu Cinta Lagu Jiwa






Lagu : Nuri









Lagu : Fantasia Bulan Madu




Lagu : Percaya lah







Lagu : Bukan Kerana Nama







Lagu : Merisik Khabar




Lagu : Jangan Lafarkan




Lagu : Gerhana

Bagi pemenangan "Anugerah Duo Star Pilihan Aurawhite " akan membawa pulang wang tunai RM5,000 tajaan Aurawhite serta  baucer dari Go Shop bernilai RM1,000 pada minggu ke 2 ini telah dimenangi oleh pasangan duet Haiza & Aepul.





Duo Star konsert minggu kedua



Keputusan daripada para juri adalah muktamad dan untuk kali kedua pasangan Yasin dan Ila Damia menjejakkan kaki ke pusingan pertarungan dan akan berentap kali ini dengan pasangan Awe Rafael dan Kaka. 




0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90