Tuesday, December 27, 2016

,

Shuk SYJ Terima Jemputan Lawatan Ke Yokohama Pertama Kali Ke Jepun

Shuk SYJ Terima Jemputan Lawatan Ke Yokohama Pertama Kali Ke Jepun

Teruja bila dapat melawat negara matahari terbit, Shuk seakan tidak percaya dapat menjejak kaki ke Jepun. Banyak yang menarik bila Shuk SYJ terima jemputan lawatan ke Yokohama buat pertama kali ke Jepun. Rezeki beliau kali ini, mendapat undangan rasmi dari Kanagawa Prefecture Tourism untuk melancong dan menikmati keindahan Yokohama.

Shuk SYJ seorang pelawak dan pelakon yang berasal dari Pulau Pinang, untuk pertama kalinya melawat Jepun bersama isteri tercinta. Untuk kali ini, beliau berpeluang untuk bercuti selama 6 hari 5 malam menjelajah kota Yokohama.

Yokohama adalah ibu kota Kanagawa dan ia mudah diakses dari Tokyo dalam masa kurang daripada 30 minit dengan keretapi. Ia terkenal sebagai bandar yang paling ramai penduduk di Jepun. Ramai yang tidak tahu bahawa di Kanagawa, ada pekan Chinatown yang terbesar di Jepun.

Bermula dari stesen Yokohama, Shuk dan isteri menuju ke Sankeien Garden, Yokohama Chinatown, Muzium Cup Noodles dan   Yokohama Akarenga.







Shuk SYJ Terima Jemputan Lawatan Ke Yokohama






Ketika Shuk dan isteri melawat Yokohama, mereka sempat merasai pengalaman bersantai di Taman Sankein yang terkenal, melihat bandar Chinatown, makan di Malaysian Cuisine Halal di Yokohama dan juga menyusuri Hikawamaru, lautan terkenal di Yokohama.

Tidak cukup sebenarnya untuk mengenali Yokohama dalam masa beberapa hari. Kata Shuk, beliau pasti akan datang balik ke Jepun.

Berminat nak tahu lebih lanjut tentang percutian Shuk dan isteri ke Jepun, layari Instagram @ShukSYJ


OhSelebriti

27/12/2016

1 comments:

Top Ad 728x90