Thursday, December 29, 2016

, , ,

Perginya Seorang Penyanyi Lagenda Tan Sri SM Salim

Perginya Seorang Penyanyi Lagenda Tan Sri SM Salim

Tan Sri Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros yang lebih dikenali Tan Sri SM Salim telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 88 tahun pada jam 5.45 petang, hari ini 29 Disember 2016. Arwah Tan Sri SM Salim meninggal dunia kerana sakit tua di rumah anaknya yang terletak di  Ulu Klang, Ampang.

Rakyat Malaysia pasti akan terasa kehilangannya, Perginya Seorang Penyanyi Lagenda Tan Sri SM Salim.

Penyanyi Lagenda Tan Sri SM Salim
gambar Malaysian Gazette



Timbalan Perdana Menteri turut hadir melawat Almarhum Tan Sri SM Salim

SM Salim meninggalkan isterinya, Puan Sri Aishah Abdul Ghani dan tujuh orang anak. Siti Nuraishah, Sheikh Samsuddin, Siti Nur Huda, Siti Maheran, Siti Huzayah, Sheikh Shamsul, 51 dan Siti Zubaidah.

Berita kematiannya itu disahkan oleh Cucu Saudaranya sendiri di laman Facebook Ellyna Ali.

OhSelebriti

29/12/2016





Bagi pihak keluarga, saya sebagai cucu saudara Tan Sri SM Salim ingin mengucapkan terima kasih di atas segala ucapan takziah dan bacaan Al Fatihah yang disedekahkan buat Allahyarham. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang beriman. Ameen..
Berikut info pengebumian Allahyarham Tan Sri SM Salim:-
1. Jenazah Tan Sri SM Salim akan dibawa ke Masjid Kg Baru pada jam 10.30 pagi untuk dimandikan, kafan dan solat jenazah

2. Dikebumi Di Tanah Perkuburan Ampang. Jalan Ampang selepas solat Jumaat

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90