Monday, December 26, 2016

, ,

Bintang Pop British George Michael Meninggal Di Usia 53 Tahun

Bintang Pop British George Michael Meninggal Di Usia 53 Tahun

Bintang Pop British George Michael, pemuzik yang pertama kali terkenal dengan kumpulan duo Wham! pada tahun 1980-an telah meninggal pada usia 53 tahun. Maklumat awal mendapati beliau meninggal akibat dari kegagalan jantung berfungsi.

Khabarnya George Michael meninggal diwaktu kesibukkan sambutan Hari Krismas.

Kumpulan duo Wham! meletup di awal tahun 1980-an dianggotai oleh George Micheal dan Andrew Ridgeley dengan hits seperti "Wake Me Up Before You Go-Go" dan "Careless Whisper."

George Michael Meninggal Di Usia 53 Tahun




Kumpulan Duo Wham! George Michael dan Andrew Ridgeley





Michael kemudiannya bergerak secara solo dan telah berjaya dengan penampilan tahun 1987 dengan albumnya "Faith" telah terjual lebih daripada 10 juta salinan.

Mungkin ramai tidak tahu, nama sebenar George Michael ialah Georgios Kyriacos Panayiotou.

OhSelebriti
26/12/2016

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90