Saturday, December 24, 2016

, , , , , , ,

Program Terbaru Duo Star Gegaran Nyanyian Pasangan Duet

Program Terbaru Duo Star Gegaran Nyanyian Pasangan Duet

Program Terbaru Duo Star Gegaran Nyanyian Pasangan Duet adalah rancangan terbaru di Astro Ria. 

Sebuah program hiburan terbaru terbitan Astro iaitu Duo Star yang bakal bermula siarannya pada 25 Disember 2016 dipancarkan menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Ia akan keudara pada jam 9 malam bakal menyaksikan sebanyak 8 kumpulan duet yang akan berentap.

Pasangan ini terdiri daripada Syamel & Ernie Zakri, Haiza & Epul Drama Band, Asfan & Aweera, Ronnie Hussein & Sarah Fazny, Awi Rafael & Kaka Azraff, Harris Baba & Ning Baizura, Ila Damiaa & Yasin dan Firman & Ayai.

Program Terbaru Duo Star 


Duo Star Astro Ria




Menurut Raqim Ahmad (Ketua Saluran Melayu Astro) program hiburan Duo Star merupakan pertandingan yang sangat berbeza dari apa yang pernah diterbitkan Astro sebelum ini dimana ia menyaksikan pertembungan sengit diantara penyanyi penyanyi profesional secara berpasangan (duet). Keserasian vokal berpasangan untuk menyanyi secara duet sangat penting justeru itu pihak Astro memberi kelonggaran kepada peserta untuk memilih pasangan duet masing masing. 

Pengacara Duo Star oleh Dato AC Mizal bakal menghangatkan lagi rancangan ini serta diadili oleh juri profesional yang terdiri daripada Pengarah muzik Datuk Acis, Adibah Noor dan penyanyi Datuk Hattan. 

Juara Duo Star bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 manakala naib juara RM50,000 berserta trofi. Terdapat juga hadiah sampingan tunai sebanyak RM5,000 bagi pasangan duo terbaik tajaan Aurawhite serta baucar Go Shop sebanyak RM1,000.00

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90