More Stories

Wednesday, May 3, 2017

KONSERT KOMEDI ASTRO WARNA PROGRAM LAWAK MUZIKAL TERBARU

by
KONSERT KOMEDI ASTRO WARNA PROGRAM LAWAK MUZIKAL TERBARU

Bermula minggu depan, program terbaru yang diberi nama Konsert Komedi akan menemui anda di kaca TV Saluran Astro Warna pada jam 10.00 malam menggantikan Maharaja Lawak Mega 2017.

Konsert Komedi ini adalah satu konsep hiburan lawak terbaru yang menggabungkan lawak dan muzik dan akan mengetengahkan ramai pelawak Legenda Malaysia sebelum ini termasuk Kumpulan Senario.


KONSERT KOMEDI ASTRO WARNA PROGRAM LAWAK MUZIKAL TERBARU


Konsert Komedi Astro Warna ini akan menampilkan Episod setiap minggu bersama Senario, Shiro, Sepahtu, Nabil, Bocey, Datuk Ac Mizal, Zero serta kumpulan Baik Punya Cilok yang terdiri daripada Afdlin Shauki, Hans Isaac dan Datuk Awie.

Konsert Komedi ini adalah program yang memberikan kepercayaan penuh kepada setiap kumpulan dan individu untuk mengacara program mereka bersama dengan artis jemputan pilihan mereka sendiri.








Program Konsert Komedi Astro Warna ini akan diiringi oleh ‘live band’ iringan Pengarah Muzik terkenal, Datuk Ramli MS.

Konsert Komedi akan bersiaran setiap Jumaat bermula 12 Mei depan jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Wednesday, April 12, 2017

BO BAJET MENYAKSIKAN JANNA NICK KEMBALI BERGANDINGAN DENGAN SAHARUL RIDZWAN

by
Astro First Eksklusif sekali lagi mempertaruhkan sebuah naskhah unggul, istimewa untuk penonton setia saluran 480. Kali ini, filem TV yang bakal menemui peminat mulai 27 April 2017 ini menampilkan pendekatan lain dari yang lain, yang mana ia memberi penekanan akan aspek seni kreatif baik dari segi plot penceritaan mahupun keseluruhan penerbitan.


Filem TV Bo Bajet Janna Nick


Bo Bajet’ (yang bermakna ‘Tiada Bajet’ dalam Bahasa Melayu) merupakan sebuah filem TV yang dihasilkan oleh Woohoo Pictures Sdn Bhd, produksi yang bertanggungjawab menzahirkan karya-karya berkualiti tinggi yang berjaya meraih kutipan jutaan ringgit menerusi filem-filem pecah panggungnya seperti ‘Ola Bola’ dan ‘The Journey’. Kedua-dua karya ini mendapat pengiktirafan persada seni sejagat apabila dinobatkan dengan pelbagai anugerah dari bermacam-macam kategori sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Figura yang bernama Chiu Keng Guan atau lebih dikenali dengan nama Chiu di kalangan ramai terutamanya penggiat seni merupakan seorang individu yang begitu disegani dalam industri. Karya agung beliau, ‘Ola Bola’ berjaya meraih kutipan RM16 juta seterusnya melayakkan ia berada sebaris dengan filem-filem box office hebat yang lain. Chiu juga merupakan Penasihat Utama Woohoo Pictures Sdn Bhd dan buat julung kalinya, beliau tampil dengan naskhah berbahasa Melayu istimewa untuk peminat filem-filem tempatan yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan kaum.

Namun begitu, untuk filem ‘Bo Bajet’, Chiu tidak tampil sebagai seorang pengarah. Beliau bertindak sebagai Penerbit Eksekutif / Pengasas Konsep Filem dan menaruh sepenuh kepercayaan kepada anak didiknya, Bak Chee Hong, untuk menerajui kerusi sutradara. Bak merupakan seorang pengarah muda yang semakin meningkat naik dan ini merupakan filem TV beliau yang pertama selepas mengarahkan dokumentari khas untuk filem ‘The Journey’ pada tahun 2013.

‘Bo Bajet’ menyuntik pelbagai elemen unik yang berkreativiti tinggi dan mampu memukau penonton terutamanya apabila sebahagian dari babak yang ditampilkan mengangkat teknik khas dan efek animasi yang belum pernah ditayangkan dalam mana-mana penerbitan tempatan. Bersesuaian dengan tajuk yang diberikan, ‘Bo Bajet’ dizahirkan dengan peruntukan kewangan yang minima namun begitu pada masa yang sama tidak berkompromi dengan hasil akhir yang dipaparkan, yang mana ianya perlu memiliki kualiti yang setanding dengan filem-filem TV yang lain.

Chiu selaku Penerbit Eksekutif / Pengasas Konsep Filem ‘Bo Bajet’ berkata, “Bo Bajet merupakan sebuah karya yang luar dari kebiasaan dan menggunakan pendekatan ‘out of the box’. Ia menampilkan pelbagai efek menarik dan cukup kreatif yang mana saya pasti ramai akan beranggapan bajet yang diperlukan untuk menghasilkan filem ini adalah banyak. Ingin saya kongsikan di sini bahawa kos pembikinan yang diperuntukkan untuk filem ini agak terhad yang mana secara tidak langsung mencabar keupayaan setiap krew penerbitan mahupun barisan pelakon untuk menghasilkan sebuah naskhah yang berkualiti namun terbatas oleh kerana faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan ini.

Walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai limitasi, ‘Bo Bajet’ berjaya dihasilkan seperti yang kami inginkan. Kualitinya, baik dari segi kendalian tatabunyi dan kesan efek visual animasi setanding dengan filem-filem TV tempatan yang lain, durasi penggambaran berlangsung mengikut pada jadual yang ditetapkan dan komitmen yang diberikan oleh barisan pelakon sentiasa berada di tahap yang terbaik. Setiap satu faktor positif ini berjaya menyumbang kepada kejayaan penghasilan ‘Bo Bajet’ sama seperti yang diharapkan dan saya gembira dengan hasil akhirnya.”

‘Bo Bajet’ yang berdurasi 90 minit ini bakal mempertaruhkan sebuah plot penceritaan yang penuh humor. Namun begitu pada masa yang sama diselitkan juga dengan pelbagai elemen kejutan dan aksi-aksi menarik yang begitu mendebarkan. Filem TV ini ini bakal menyaksikan gandingan unggul dua pelakon popular masa kini, Janna Nick dan Saharul Ridzwan. Turut terlibat menjayakan filem TV ini ialah pelakon yang cukup disegani, Fatimah Abu Bakar, Noryati Taib dan ramai lagi.




Bak, Pengarah ‘Bo Bajet’ menjelaskan dengan lebih lanjut lagi mengenai faktor-faktor unik yang ditampilkan dalam filem TV ini, “Bo Bajet merupakan percubaan pertama kami yang cukup berani untuk menembusi pasaran filem-filem berbahasa kebangsaan. Kami begitu berhati-hati dari aspek perbelanjaan, namun begitu tetap memastikan filem yang dihasilkan berkualiti tinggi dan akan diterima ramai. Untuk menampilkan kelainan dalam filem ini, kami banyak menyelitkan elemen segar dan babak suspen serta penuh aksi yang dilakonkan sendiri oleh watak-watak utama ‘Bo Bajet’. Mereka ini mendapat bimbingan stuntman profesional yang dibawa khas dari Singapura dan latihan yang diberikan cukup intensif agar pelakon yang terlibat sentiasa berada dalam keadaan siap sedia untuk beraksi terutamanya dalam babak pergaduhan. Seperti dimaklumkan, peruntukan kewangan untuk filem ini adalah terhad, oleh itu aksi kejar-mengejar kereta yang diangkat dalam filem ini dihasilkan menerusi efek teknologi CGI (teknik penerapan teknologi komputer grafik) dengan hanya menggunakan beberapa buah kereta kawalan jauh.”



Mengulas mengenai barisan pelakon ‘Bo Bajet’ pula, Bak berkata, “Kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh setiap para pelakon yang terlibat dalam menjayakan filem ini memudahkan lagi kerja kami di set penggambaran yang mengambil masa hanya kurang dari 10 hari. Gandingan mantap kedua-dua peneraju utama, Janna Nick dan Saharul Ridzwan ternyata berhasil dan mereka berjaya mencetuskan satu kolaborasi yang cukup hebat untuk filem ini.”


Penolong Naib Presiden Kanan Astro First & Astro Best, Sharmin Parameswaran berkata, “Kami di Astro First Eksklusif sungguh teruja untuk menayangkan filem ‘Bo Bajet’ ini di saluran kami. Babak-babak yang ditampilkan di dalam naskhah kreatif ini disusun rapi dan dialog-dialog yang dilontarkan sangat mudah difahami serta gerak laku setiap pelakon dilihat cukup bersahaja dan relaks, menjadikan ‘Bo Bajet’ sebuah lagi naskhah hiburan ringan yang sangat sesuai untuk ditonton seisi keluarga. 

Khas untuk semua pelanggan Astro, mulai 22 April 2017 ini, kami akan menyiarkan secara eksklusif 20-minit pertama filem ini di saluran-saluran utama Astro, sama ada di kaca televisyen ataupun di skrin paparan digital. Pelanggan NJOI; perkhidmatan satelit TV prabayar yang pertama di Malaysia, turut tidak ketinggalan apabila mereka turut berpeluang menonton tayangan istimewa ini di saluran Astro Prima. Untuk menonton kesudahan ‘Bo Bajet’, dengan bayaran serendah RM15.90, mereka boleh melanggan di saluran 480, Astro First Eksklusif mulai 27 April 2017 ini.”

‘Bo Bajet’ mengisahkan tentang tiga orang pelajar jurusan perfileman di sebuah universiti tempatan (Shauki, Ajis dan Dee Dee) yang bercita-cita untuk menghasilkan sebuah filem yang cukup hebat, namun di atas faktor kekangan kewangan, mereka perlu memikirkan cara yang paling kreatif untuk menyiapkan tugasan mereka ini. Mereka kemudian melawat ke sebuah kampung dan berjumpa dengan Puan Siti (watak Puan Siti ketika di usia tua dilakonkan oleh Fatimah Abu Bakar), seorang bekas polis yang begitu digeruni di sekitar tahun 1980’an. Puan Siti kemudiannya berkongsi mengenai kisah kehebatan beliau dalam menyelesaikan pelbagai masalah dan membanteras jenayah di kawasan-kawasan yang ditugaskan, ketika di usia muda. 

Beliau membuka cerita dengan berkongsi akan pengalaman beliau pulang ke kampung bakal suaminya, Ramli (lakonan Saharul Ridwan) untuk diperkenalkan kepada ibu Ramli, Puan Senah (lakonan Noryati Taib). Namun begitu, pelbagai perkara mistik mula berlaku di kampung tersebut yang menyebabkan Puan Siti (watak Puan Siti ketika muda dilakonkan oleh Janna Nick) turut terlibat turun padang untuk menyiasat kejadian-kejadian yang berlaku yang menghantui orang-orang di kampung itu. Cara hidup masyarakat setempat di kampung tersebut yang begitu mempercayai akan hal-hal berkaitan dengan kewujudan mistik, misteri dan paranormal menyulitkan lagi siasatan Puan Siti, lagi-lagi apabila penduduk kampung mendesak Penghulu (dilakonkan oleh Faiq Syazwan Kuhiri) untuk mendapatkan Tok Bomoh bagi membantu dengan upacara mengusir hantu. Pemikiran kolot orang kampung ini menyebabkan Puan Siti hilang sabar dan mula bertindak di luar kawalan. 

Nantikan kesudahan ‘Bo Bajet’ ini di Astro First Eksklusif, saluran 480 atau menerusi Astro On Demand mulai 27 April 2017. Dengan hanya RM15.90 (termasuk GST) untuk sebuah filem, penonton boleh menyaksikan filem ini berulang kali dalam tempoh 48 jam dari waktu pembelian.

Sunday, April 9, 2017

GEMA GEGAR VAGANZA MEMBERI SUNTIK NAFAS BARU DALAM HIBURAN ISLAMIK

by
Saluran Islamik nombor satu di Malaysia, Astro Oasis membawakan sebuah program pertandingan nyanyian berkonsepkan realiti TV berlandaskan Islamik , ‘Gema Gegar Vaganza’ yang bersiaran secara langsung selama lapan minggu dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada setiap hari Sabtu .

Mengangkat tema ‘Gema Irama Terindah’, ‘Gema Gegar Vaganza’ menampilkan 10 barisan peserta yang terdiri daripada berkumpulan dan solo yang mana mereka akan berentap dalam sebuah persembahan nyanyian mingguan bagi merebut gelaran Juara. Seleksi lagu yang bakal dipersembahkan terdiri daripada lagu-lagu yang berunsurkan ketuhanan dan mengandungi mesej-mesej positif yang boleh dimanfaatkan oleh setiap lapisan masyarakat.


Pengacara yang dipertanggungjawab untuk program Gema Gegar Vaganza kali ini mempertaruhkan 3 orang yang tidak kurang hebatnya dengan barisan pengacara yang ada . Achey dari kumpulan BOCEY , Siti Nordiana dan Fikri dari Lawak Solo.


Juri yang mengadili sepenuhnya program ini terdiri daripada :-

Farihin Abdul Fatah , Oki Setiana Dewi , Jihan Muse



Membuka tirai persembahan Gema Gegar Vaganza telah mempersembahkan Mawi , Fattah Amin dan Waris. Turut memeriahkan lagi persembahan Adam Corrie Lee menghangatkan pentas.



Persembahan dimulakan dengan :-

SAUJANA

IJAM (EYE)

UNIC

ANA RAFFALI

WANI ( NURSYAZWANI) menampilkan JUZZTHIN

AZMI (CALIPHBUSKERS)

HAFIZ HAMIDUN

MIRWANA

BIENDA menampilkan WARIS

HIJJAZ

Kesemua peserta berkumpulan dan solo telah memberikan persembahan yang sangat sangat dirindui oleh peminat peminat mereka. Dengan keadaan dewan di CIDB yang penuh dengan peminat peminat nasyid menambahkan lagi kemeriahan.



Anugerah GEMA TERINDAH KENANGAN TERPAHAT telah dimenangi oleh kumpulan HIJJAZ yang mana duit kemenangan itu akan diberikan kepada mereka yang memerlukan.



Saturday, April 8, 2017

MAJLIS PERLANCARAN SINGLE & MUZIK VIDEO TENTANG KITA - DIANA DANIELLE

by
Diana Danielle merupakan seorang model dan pelakon kacukan yang tidak asing lagi dalam industri perfileman Malaysia membintangi beberaa filem dan drama. 


Masih mengejar impian beliau kini Diana Diniella kembali dengan mempertaruhkan bidang nyanyian pula. Melancarkan single dan muzik video terbaru bertajuk " Tentang Kita " hasil ciptaan DJ FUZZ dan lirik ditulis oleh Alabbas dan Muariffah.

Pengurus A & R Warner Music Malaysia
Encik Mokhtaza Ahmad



Diana Danielle menghiburkan para media dengan menyanyikan lagu Tentang Kita.


Diana Danielle - Tentang Kita (Official Music Video)

Friday, April 7, 2017

KONSERT WINGS & SUPERFRIENDS - BELENGU IRAMA -

by
KONSERT WINGS & SUPERFRIENDS - BELENGGU IRAMA - yang diadakan bermula 6hb April sehingga 9hb April bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur. Pembukaan disaksikan bersama media  dan penonton  dengan persembahan 2 jam yang mantap serta tidak mengecewakan. Barisan penyanyi dan pemuzik yang hebat turut menyerlahkan lagi konsert ini. Tujuan Konsert Wings & Superfriends - Belenggu Irama - ini adalah bagi memperjuangkan nasib insan insan seni tanah air yang tidak dibela serta diabaikan.


Mencurahkan apa yang terbuku di hati Awie bergandingan bersama Beto Kusyairy memulakan konsert dengan bermonolog, mencurahkan nasib pemuzik yang tiada tempat berteduh serta memperjuangkan hak mereka sebagai seorang pemuzik.



Wings membariskan gabungan tetap Awie , Eddie dan Black serta digandingkan juga Edrie Hashim dan Sham iaitu bekas anggota asal kumpulan Wings dan pemuzik yang turut terlibat adalah Kudin Headwind, Yan Lefthanded, Lola, Rodi Kristal, Hamzah Pecussion, Pae, Fly dan Adi.





Wings menyampaikan lagu lagu dari album mereka terdahulu serta beberapa lagu lain, antara lagu yang dipersembahkan seperti Bongkar, Hukum Karma, Bujang Senang, Mentari Merah Di ufuk Timur, Layang Layang Terputus Talinya dan banyak lagi.

Antara artis yang turut bersama menjayakan konsert ini  seperti Sahara Yaakob , Ito , Rosli Mohalim , Ramli Sarip , M Nasir , Hattan , Nash , Maya Karin , Liza Hanim , Lan Kristal dan ramai lagi telah memberikan satu sentuhan hebat yang membuat penonton tidak rasa bosan dan menyanyi bersama. 







Ikon Konsert Wings & Superfriends - Belenggu Irama - Yazid Search, seorang pemain drum yang cukup dikenali oleh ramai lebih lagi peminat rock tanah air tetapi setelah beliau menghidap penyakit buah pinggang, sumber kewangan beliau amat lah terhad.

Walaupon keadaan kesihatan Yazid tidak lah begitu baik akan tetapi bila duduk depan set drum serta drum stick ditangannya, hilang segalanya dan persembahan yang padu diberikan pada semua.


Kehadiran artis artis muda seperti Syamel , Bila , Kuden , Aniq Ceria Pop Star dan lain lain lagi turut memberikan impak yang sangat hebat.


Awie, teraju utama Awie Entertainment Sdn Bhd berharap gabungan bersama persatuan seperti Karyawan, Seniman, Yayasan Artis 1Malaysia, MACP dan RIM dapat memperbaiki taraf anak–anak seni tanah air. 

Jangan lepaskan peluang anda untuk bersama sama turut serta menyaksikan satu konsert yang sangat hebat ini . Datang beramai ramai berhibur sambil menyumbang untuk artis artis seni yang memerlukan.


Tiket berharga : 

RM80 / RM150 / RM200 / RM250 / RM300 / RM350


Dapatkan tiket anda di Outlet tiket :
● kaunter tiket Istana Budaya
● Rock Corner The Gardens, The Curves, Subang Parade
● Victoria Music Sg.Wang & Amcorp Mall
● Artist Gallery Queensbay Mall & Gurney Plaza, Penang
● Sayap-Sayap Wings - 0122666877 - whatsapp

Top Ad 728x90

Top Ad 728x90